Terma & Syarat (T&C)

Setiap urusniaga melalui gunastevia.blogspot.com adalah tertakluk kepada kontrak seperti berikut :

1.  Segala urusniaga pembelian di dalam gunastevia.blogspot.com adalah di bawah pengurusan perniagan berdaftar, di atas nama "IH HERBAL MARKETING", nombor pendaftaran SSM : CA0222565-A

Perenggan selepas ini akan menggunakan rujukan "kami" iaitu IH HERBAL MARKETING dan "anda" iaitu pembeli atau pelawat blog ini.

2.  Semua maklumat produk di dalam gunastevia.blogspot.com seperti keterangan produk, harga jualan produk dan gambar-gambar produk adalah tepat pada masa ianya disiarkan di dalam blog ini. Semua maklumat adalah benar dan sah sehingga ianya ditarik balik atau dipinda oleh pihak kami.

3.  Semua produk adalah tulen dan Halal. Produk adalah di dalam keadaan baik semasa diterima oleh pihak kami dan produk tersebut kekal dalam keadaan baik semasa dihantar kepada anda. Pihak kami akan memeriksa keadaan produk sebelum dihantar kepada anda.

4.  Produk akan dihantar kepada anda selepas pesanan dibuat dan selepas bayaran dibuat oleh anda. Tiada pemulangan wang atau pembatalan pesanan selepas pesanan dan pembayaran disahkan oleh pihak kami.

5.  Produk akan dihantar dengan Poslaju sahaja. Produk akan di pos pada hari yang sama jika buat bayaran sebelum 1 tengahari. Jika bayar selepas 1 tengahari, produk akan di pos pada hari esoknya. Produk hanya di pos pada hari Isnin hingga Jumaat.

6.  Tracking number Poslaju akan dihantar kepada anda selepas produk di pos. Adalah menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk periksa status produk anda di http://www.poslaju.com.my/track.aspx, di ruangan "track and trace"

7.  Selepas produk di pos, segala tanggungjawab penghantaran adalah mengikut kurier Poslaju. Sila hubungi Poslaju berdekatan jika terdapat masalah penghantaran atau kelewatan (melebihi 3 hari bekerja).

8.  Anda diwajibkan beritahu atau maklum kepada kami selepas produk sampai ke alamat anda di dalam tempoh 7 hari termasuk hari cuti bermula dari tarikh penghantaran oleh pihak kami. Jika tiada makluman daripada anda, kami anggap produk telah diterima dengan selamatnya.

9.  Hanya gantian produk rosak akibat proses penghantaran kurier Poslaju sahaja akan dilayan dengan bukti bergambar, di dalam tempoh 7 hari termasuk hari cuti bermula dari tarikh penghantaran oleh pihak kami.

10.  Terma & Syarat ini tertakluk kepada perubahan dilakukan oleh pihak kami mengikut keperluan semasa. 

No comments:

Post a Comment