Wednesday, 6 February 2013

Rahsia Gula : Gula Untuk Tenaga?

Ramai yang tidak tahu bahawa badan kita perlukan gula untuk tenaga. Tenaga tersebut iaitu kalori diperlukan untuk membolehkan badan bekerja.

Badan kita perlukan tenaga dari kumpulan karbohidrat iaitu:
  • Bijirin dan hasil bijirin - nasi, mee, mihun, roti, biskut, oat
  • Sayuran berkanji - ubi, keledek, jagung
  • Kacang dan kekacang
  • Buah-buahan
  • Susu dan hasil tenusu 
  • Gula - gula pasir/tebu, jem, kaya, madu, krimer/susu pekat manis, air bikarbonat, air kordial, coklat, aiskrim, kuih manis
Gula ialah dari kumpulan karbohidrat ringkas dan berupaya memberi tenaga kepada badan tapi dalam tempoh yang singkat, selama satu jam. Selain memberi tenaga cepat dan singkat, paras gula di dalam darah akan naik dengan cepat dan tinggi. Keadaan ini tidak sesuai untuk penghidap Diabetes kerana kawalan paras gula di dalam badan adalah penting untuk pesakit Diabetes atau kencing manis.

Oleh itu, badan kita perlukan tenaga dari karbohidrat kompleks, terutamanya dari kumpulan bijirin dan hasil bijirin. Kumpulan karbohidrat kompleks mampu memberi tenaga yang lama, 3-4 jam dan paras gula tidak naik dengan cepat dan tinggi, kecuali diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

Ganti gula dan gunakan Gula Stevia Rebaudiana dalam diet anda sekarang! << KLIK DI SINI >>

No comments:

Post a Comment