Tuesday 25 February 2014

Stevia BUKAN Untuk Hypoglycemia

Hypoglycemia?
Hypo = rendah
Glycemia = gula di dalam darah
Gula di dalam darah berada pada paras sangat rendah atau bacaan gula 4 mmol/L ke bawah. Hypoglycemia memerlukan rawatan segera.



Tanda - Tanda Hypoglycemia?

- badan menggigil kelaparan
- badan berpeluh
- pening kepala
- badan lemah, tidak bermaya
- rasa hendak pitam

Jika anda ada alat periksa paras gula iaitu glucometer, anda digalakkan untuk terus periksa paras gula jika terdapat tanda-tanda seperti di atas.

Cara Rawatan Hypoglycemia?
Tujuan utama rawatan ialah untuk menaikkan paras gula di dalam badan.
Anda boleh menggunakan konsep 15:15 iaitu:
(i) mengambil 15 grams glukosa atau karbohidrat ringkas sama ada di dalam bentuk makanan atau minuman
(ii) tunggu 15 minit untuk membolehkan paras gula di dalam darah naik
(iii) periksa paras gula di dalam darah dengan glucometer atau periksa sama ada tanda-tanda hypoglycemia telah hilang.

15 grams glukosa atau karbohidrat ringkas sama dengan :
= gula- gula ( sila rujuk label )
= separuh cawan jus atau soda ( sila rujuk label )
= 1 sudu besar gula pasir (dibancuh di dalam air)



STEVIA TIDAK SESUAI UNTUK RAWATAN HYPOGLYCEMIA
Ini adalah kerana:
- stevia mengandungi 0 kalori, 0 karbohidrat
- stevia TIDAK menaikkan paras gula di dalam darah


* Artikel ini ialah 100% tulen hasil penulisan panel penulis gunastevia.blogspot.com
* Menjadi kesalahan / aktiviti tidak bermoral jika satu ayat atau semua ayat di dalam artikel ini ditiru atau "copy and paste" tanpa kebenaran kami.


No comments:

Post a Comment