Monday 14 April 2014

Apa Itu Stevia

Pokok Stevia Rebaudiana
Stevia ialah sejenis tumbuhan herba. Spesis Stevia Rebaudiana sering ditanam kerana daunnya yang manis. Stevia juga dikenali sebagai daun manis, daun gula atau stevia.

Daun kering Stevia Rebaudiana
Daun stevia akan diproses menjadi ekstrak stevia. Di dalam ekstrak stevia, terdapat komponen "steviosides". "Steviosides" akan memberi rasa manis sehingga 300 kali ganda berbanding dengan gula.

Stevia diproses menjadi:
1. serbuk stevia
2. cecair stevia
3. atau daunnya dibiarkan kering untuk dijadikan "daun teh".

Khasiat stevia masih sama walaupun selepas diproses.

Stevia sering dikaitkan dengan pesakit kencing manis disebabkan stevia tidak menaikkan paras gula dalam darah, sesuai untuk dijadikan pemanis semulajadi di dalam minuman dan makanan.

Stevia selamat digunakan dan tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna.

No comments:

Post a Comment